Uniquely Kelantan - - Fotopages.com
musim main wau/kenangan 8 bulan didalam dunia fotografi
Masa : 6.30pm-7.05pm
Aktiviti : Bermain Wau.
oghe kelate panggil wa...oghe luwa panggil layang-layang. panggiley lain tapi bendo samo jah...
maso kecik-kecik kawe minak jugok main wa ni. kawe ingat lagi maso kecik-kecik kawe main wa kikik jah takdok la nok main wa bule sebab tork gheti nok buwak. loning kawe ni jong kelih jah..
loning dekak rumoh kawe sewo tengoh dok gilo main wa. kawe ambik gambar ni nok bui adik kakok pakat kelih. maso kawe ambik gambar ni ado oghe tanyo kawe "demo tork rajin kelih wa ko, sapa ambik gamba nih" kawe pun jawab "buke tok rajin tengok, ambik gambar ni pun buke habis pitis pun" jawab kawe denge peraso'e tensi, ado ko tanyo lagu tu....
doh minak kito ambik gamba, gamba selipar pun kawe ambik... ni kan pulok gamba gini.
oghe kampung ni kalu ambik gamba lembu pon dio pelik. sebab dio ingak gambar oghe jah bulih ambik... :-D
sepanje tempoh  bulan kawe ambik gambar ni mace2 kenange... antara oghe tanyo/kato sokmo...
demo ni oghe sinar harie ko?, baru balik kapung ko napok kuat ambik gamba tu... sibuk la nok ambik gamba... sb ko dio ni (maso ambik gambar di Medan Ilmu) ...
tu lah sebo sikik.. pengalamey ambo... sempena dengan 8 bulan ambo berada didaley dunio nih.
wassalam.
tempat bermain wau... kawasan ini bersebelahan dengan SMUA Darul Aman.
antara penduduk yang bermain.
aktiviti anak-anak sementara bapa mereka sedang leka bermain wau
wau lleper
wau bulan
wau bulan dan wau rama-rama berlatarbelakangkan mentari senja
sedang menurunkan wau
Kota Bharu Bermandikan Cahaya
Jalan Sultan Ibrahim...
Bulatan Jam Besar
Hadapan bangunan MARA
Simpang empat dekat bangunan Square Point
Simpang empat KB Mall
Hadapan TIC
Menara telekomunikasi Kota Bharu
Kota Darulnaim
Aktiviti sebelah petang di kampung
memetik kacang panjang.
menampi padi..
cara tradisional untuk mengasingkan antara padi yang berisi dan hampa.
membuat batas untuk tanaman
aktiviti sampingan.. berbual-bual  :-D
Urus niaga guna emas cegah susut nilai mata wang - Najib
http://zainal-tajudin.fotopages.com/?entry=938670
pada 15-02-2007 lepas najib telah dengan sendirinya menyangkal kenyataan awang adek itu didalam keyataannya yang seperti berikut:-
Urus niaga guna emas cegah susut nilai mata wang
Oleh FAUZI JAAFAR
KUALA LUMPUR 14 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform urus niaga syariah yang membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan penyusutan nilai mata wang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan dinar emas dan dirham perak boleh menjadi pendekatan alternatif untuk merancang pengurusan kekayaan.
“Tidak seperti mata wang konvensional yang berdepan dengan inflasi berterusan, nilai emas adalah stabil dan ia merupakan kaedah berkesan untuk melindungi kekayaan daripada inflasi dan krisis kewangan atau mata wang,’’ ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan kejayaan penyenaraian syarikat Malaysia, IGDX Holdings Ltd. di Bursa Saham Australia pada 9 Februari lalu, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Pegawai Eksekutif IGDX Holdings Ltd., Datuk Dr. Shamshudeen Yunus.
IGDX Holdings Ltd. menjadi peserta penting dalam dunia perdagangan emas global apabila berjaya menyenaraikan landasan perdagangan emas antarabangsa gold for gold di Bursa Saham Australia (ASX).
Menurut Najib, sejajar dengan konsep Islam Hadhari, kemunculan dinar emas Islam pada era moden ini oleh syarikat tersebut telah mengimbas kembali legasi urus niaga Islam yang holistik.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dinar emas Islam yang mempunyai sejarah 1,500 tahun lampau adalah satu nilai komoditi yang perlu dimiliki.
Tambah beliau, kejayaan syarikat IGDX ini perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat lain kerana berjaya disenaraikan di luar negara.
“Kita mesti mempunyai wawasan, keberanian untuk berjaya di peringkat antarabangsa.
“Ini akan meletakkan Malaysia di peta dunia, sekali gus menjadi syarikat yang boleh dibanggakan oleh negara dan rakyat,’’ katanya.
Najib seterusnya berkata, kilang syarikat tersebut di Pulau Pinang yang merupakan kilang termaju dalam industri tersebut, boleh menghasilkan ketulenan ketulan emas pada tahap 999.
Syarikat tersebut, katanya, berhasrat meningkatkan lagi kemudahan kilangnya untuk mencapai tahap ketulenan ketulan emas pada kadar 999.9.
Katanya, IGDX juga berhasrat meluaskan pelaburan di lombong-lombong emas dan teknologi perlombongan emas.
‘’Inilah kejayaan glokal yang kita mahukan. Saya percaya kumpulan syarikat IGDX boleh menjadi contoh kepada syarikat senaraian tempatan untuk pergi ke peringkat antarabangsa,’’ katanya.
jadi ternyata dakwaan awang adek sebelum ini lebih bermotifkan politik.
Senja nan indah
senja emas
nelayan pulang setelah penat mencari rezeki...
Selamatkan Pantai Geting
apalah nasibmu menjadi mangsa kerakusan manusia yang buta hati, buta perasaan.
dahulu pantaimu menjadi tempat kami bermandi-manda,
sekarang ianya hanya akan tinggal kenangan,
Pantai Geting...
Demi pembangunan kononnya dirimu menjadi korban,
setiap kali aku teringatkanmu,
setiap kali aku merasa sayu.
Pantai Geting...
Sekali ada upayaku,
aku akan menyelamatkanmu,
Pantai Geting...
Jika dirimu terus dinodai...
aku berjanji akan menggunakan kuasa undiku untuk menjatuhkan mereka yang bertanggungjawab meluluskan perbuatan keji ini terhadapmu..
Pantai Geting...
Semoga dirimu diselamatkan Allah. Amin.
Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
jengkaut yang digunakan untuk menggali persisiran pantai.
jengkaut yang sedang warm up untuk melakukan kerja laknat.
pasir yang dikumpulkan akan diangkut kekawasan pembinaan MRSM Tumpat yang bersebelahan dengannya. Disebelah timbunan pasir itu ialah pantai sri tujoh
terdapat lima buah jengkaut yang digunakan untuk menggali pasir di pantai.
jip syarikat yang terlibat dengan kerja-kerja ini
Selamatkan Pantai Geting!!!
Jika dipantai sabak dan pantai cahaya bulan kerajaan telah bersusah payah untuk mencegah hakisan berlaku, keadaan sebaliknya berlaku dipantai geting/pantai sri tujoh.
Kegiatan menggali persisiran pantai dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar.
Kegiatan ini mengikut penduduk kampung telah dilakukan 3 bulan lepas sehingga sekarang. saya kemudiannya telah berjumpa dengan pekerja syarikat yang terbabit yang kemudiannya telah menemukan saya kepada site supervisor.  Mengikut site supervisor berkenaan kerja-kerja yang dilakukan mereka telah mendapat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian Tumpat.
Untuk mendapat kepastian saya telah menghubungi Pejabat Tanah dan Galian Tumpat. Setelah bertanya kepada puan Asnani beliau memaklumkan bahawa projek berkenaan memang mendapat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian Tumpat.
Malang sekali, barangkali mereka yang memberi kelulusan itu bukan mereka yang tinggal dibumi ini..barangkali. Mereka ini memang tidak ada keperihatinan langsung.
Kepada mereka yang berkuasa sila hentikan segera projek ini!!!
Disini saya ingin menyeru kepada penduduk Tumpat supaya bangkit untuk menentang projek ini.
Ayuh kita sedarkan penguasa yang sedang lena diulit mimpi.
kepada yang ingin bersama dalam kempen ini sila hubungi saya melalui email ini:
czt78@yahoo.com
Selamatkan Pantai Geting!!!
menangkap lembu terlepas
Aktiviti : Menangkap lembu yang terlepas.
Lokasi : Bendang Kg. Nechang, Tumpat, Kelantan.
Tarikh  : 09-02-2007
info Kg. Nechang.
1. Terletak didalam daerah Tumpat, Kelantan.
2. Mengikut penduduk kampung ini nama Nechang adalah sempena dengan nama pembuka kampung ini iaitu Tok Nai Cham yang berbangsa siam.
3. Pekerjaan - Petani, Tukang Rumah, pekerja Swasta, pekerja kerajaan.
Aktiviti Menjala
Tarikh  : 27-1-2007
Masa  : 12 tghari-1ptg
Lokasi pertama, berhenti ditepi sungai pengkalan nangka setelah ternampak kawanan anak toman.
Memerhati anak-anak toman yang sedang bermain setelah gagal mendapatkan hasil.
campakan yang sempurna
menanti rantai jala mencecah dasar pantai.
menaikkan hasil
Hasil tangkapan. yang besar tu tilapia merah, yang kecil ikan belanak.
musim banjir di kelantan
Lokasi : Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu.
: PCB
:Kuala Besar, Kota Bharu.
Kanak-kanak sedang bermain banjir ditepi sungai kelantan.
Bot-bot nelayan diikat dengan rapi untuk mengelakkan dari dihanyutkan oleh arus
sungai yang deras
pantai pcb setelah pasir pantai dihakis, rupa2-nya dibawah pasir ini terdapat beribu-ribu batu.
Orang-ramai datang untuk melihat ombak besar
Apa khabar kelantan
Rancangan apa khabar kelantan:-
http://wtv8.tv/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=107
Jangan hanya tengok media prima (tv3,ntv7,8tv,tv9) dan rtm jer yang kebanyakan berita mengenai kelantan yang telah di "spin" oleh spin doctor.
Rancangan ini memaparkan temuramah dengan Setiausaha Politik MB Kelantan yang menjawab pelbagai isu yang timbul.