Want your
own Fotopage?











 
Uniquely Kelantan

By: i am slaveofAllah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Feb-2007 04:31 Email | Share | Bookmark
Selamatkan Pantai Geting

Pantai Geting...
apalah nasibmu menjadi mangsa kerakusan manusia yang buta hati, buta perasaan.
dahulu pantaimu menjadi tempat kami bermandi-manda,
sekarang ianya hanya akan tinggal kenangan,

Pantai Geting...
Demi pembangunan kononnya dirimu menjadi korban,
setiap kali aku teringatkanmu,
setiap kali aku merasa sayu.

Pantai Geting...
Sekali ada upayaku,
aku akan menyelamatkanmu,

Pantai Geting...
Jika dirimu terus dinodai...
aku berjanji akan menggunakan kuasa undiku untuk menjatuhkan mereka yang bertanggungjawab meluluskan perbuatan keji ini terhadapmu..

Pantai Geting...
Semoga dirimu diselamatkan Allah. Amin.

Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo


jengkaut yang digunakan untuk menggali persisiran pantai.



jengkaut yang sedang warm up untuk melakukan kerja laknat.



pasir yang dikumpulkan akan diangkut kekawasan pembinaan MRSM Tumpat yang bersebelahan dengannya. Disebelah timbunan pasir itu ialah pantai sri tujoh



terdapat lima buah jengkaut yang digunakan untuk menggali pasir di pantai.



jip syarikat yang terlibat dengan kerja-kerja ini


Selamatkan Pantai Geting!!!
Jika dipantai sabak dan pantai cahaya bulan kerajaan telah bersusah payah untuk mencegah hakisan berlaku, keadaan sebaliknya berlaku dipantai geting/pantai sri tujoh.

Kegiatan menggali persisiran pantai dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar.

Kegiatan ini mengikut penduduk kampung telah dilakukan 3 bulan lepas sehingga sekarang. saya kemudiannya telah berjumpa dengan pekerja syarikat yang terbabit yang kemudiannya telah menemukan saya kepada site supervisor. Mengikut site supervisor berkenaan kerja-kerja yang dilakukan mereka telah mendapat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian Tumpat.

Untuk mendapat kepastian saya telah menghubungi Pejabat Tanah dan Galian Tumpat. Setelah bertanya kepada puan Asnani beliau memaklumkan bahawa projek berkenaan memang mendapat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian Tumpat.

Malang sekali, barangkali mereka yang memberi kelulusan itu bukan mereka yang tinggal dibumi ini..barangkali. Mereka ini memang tidak ada keperihatinan langsung.

Kepada mereka yang berkuasa sila hentikan segera projek ini!!!

Disini saya ingin menyeru kepada penduduk Tumpat supaya bangkit untuk menentang projek ini.

Ayuh kita sedarkan penguasa yang sedang lena diulit mimpi.

kepada yang ingin bersama dalam kempen ini sila hubungi saya melalui email ini:
czt78@yahoo.com

Selamatkan Pantai Geting!!!

Sun 11-Feb-2007 07:07
Posted by:slaveofCreator
mulo2 ingat Pantai Geting jah hok keno korek... tapi kawe perati molek gambar no 3 ... rupo2nyo sapai Pantai Sri Tujuh doh demo ning Korek...

Jahat sungguh demo ni
Sun 11-Feb-2007 08:11
Posted by:slaveofCreator
Sejujurnya ambo tak tahu sebesar mana impak dia.

Tapi kalu bab environment, instead of Pejabat Tanah, better rujuk yang pakar. So, dah rujuk Jabatan Alam Sekitar ? Dah panggil TV3 ? Karam Singh Walia ? He he funny it may sound, people always resorted to the mass media if the govt or related agency failed to give answers to their likings ....

In this case, ambo konfiden yang orghae TV3 lah hok paling laju skalih bertindak, tak invite pun they will show up ( kalu kes Kelantan ) .. he he
Mon 12-Feb-2007 02:44
Posted by:Datu Patinggi Syed Ray EL-Hadeed  - [Link]
pagi tadi saya sudah telefon bahagian berita TV3. kepada sesiapa yang tidak senang hati saya minta maaf sebab perkara ini memang tidak boleh bertolak ansur. Kerajaan mesti menghentikan segera kerja-kerja tersebut. Mon 12-Feb-2007 03:30
Posted by:slaveofCreator czt78@yahoo.com
perkembangan kempen setakat ini.

Perkara-perkara yang telah dibuat:-
1. Buat Laporan Jabatan Alam Sekitar.11-2-2007
2. Maklumkan kepada Sinar Harian.11-2-2007
3. Telefon TV3 minta Siasat.-12-2-2007
4. Hantar email kepada, pengarah JPS.11-2-2007
5. Hantar email kepada, JAS.11-2-2007
6. Hantar email kepada Exco Kerajaan Tempatan, YB Takiyudin.11-02-2007
7. Hantar email kepada YB Husam Musa.11-02-2007
8. Hantar email kepada Harakahdaily.11-02-2007
9. Hantar artikel kepada tranungkite.11-02-2007
10. Posting ke Forum perakan. 11-02-2007
11. Posting keforum tranungkite.net. 11-02-2007

respon kepada perkara2 yg telah dibuat mengikut turutan. setakat ini:-

1. Tiada perkembangan.
2. Sinar harian telah membuat liputan sebanyak 2 kali.
3. TV3 kata nanti dia telefon balik.
4. Tiada jawapan.
5. Tiada jawapan.
6. Tiada jawapan.
7. Tiada jawapan.
8. Tiada jawapan/tidak disiarkan.
9. Telah disiarkan dan mendapat respon yang positif dari pembaca.
10. Ok, pandangan dan pendapat bernas dari ahli perakan.
11. Ok, pandangan dan pendapat bernas dari ahli tranungkite.



Kepada yang mempunyai cadangan yang bernas sila kongsikan bersama dengan saya.
Wassalam.

zainal78
http://zainal-tajudin.fotopages.com
Tue 13-Feb-2007 01:26
Posted by:slaveofCreator czt78@yahoo.com
guano teruk ggitumo nah nok mmunoh pataa...huh.. Thu 22-Mar-2007 07:20
Posted by:z-fad  - [Link]
punoh jahanam abih pantai wak comel2....

selamatkan pantai geting...
Fri 23-Mar-2007 06:47
Posted by:senok  - [Link]
Untuk pengetahuan semua... projek ni ada kaitan dengan ADUN kawasan Pengkalan Kubor ..Zahidi nama nya. Berikut adalah berita yang telah tersiar mengenai isu ini:-
1. Penduduk bimbang kawasan perkelahan dikorek pasir
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=5825&Itemid=29
2. 300 demontrasi bantah kontraktor korek pasir
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=5856&Itemid=29
3. Syarikat Adun BN gali pasir di Pantai Geting
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=6602&Itemid=29
Mon 26-Mar-2007 10:31
Posted by:slaveofAllah czt78@yahoo.com  - [Link]
TERUK MATA MEMANDANG,SAKIT ATI MENAHAN.YG BUAT ORG BELAJAR TINGGI2
TP BODO BERLAPIS2...
Thu 5-Apr-2007 07:51
Posted by:MJ castello6271@yahoo.com
bengong la puok2 hok terlibat nge korek pasir tue....tok reti bhaso ko?jago la ckit ale skita Thu 5-Apr-2007 11:59
Posted by:naniey riani_88@yahoo.com
nate bodo bela ko Thu 22-Nov-2007 10:57
Posted by:nido aha03_95@yahoo.com
erm.. kalo ginilah, makin teruk klate nih. makin teruk lagi kalo BN memerintah. Sun 2-Mar-2008 06:08
Posted by:tumpang lalu senyum_selalu@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.